Thursday 7 December 2017

CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX YANG BANYAK DAN DEGIL



Chicken pox atau cacar air merupakan sejenis jangkitan virus yang menyebabkan kegatalan yang melepuh pada permukaan kulit sama ada di muka, badan, kaki, kepala dan seluruh badan. Jangkitan ini disebabkan oleh virus Varicella-Zoster yang juga boleh menyebabkan kayap.

Tanda dan gejala chicken pox

Setelah dijangkiti, pesakit biasanya akan mula mengalami simptomseperti sakit kepala, sakit-sakit badan  dan sakit sendi. Pesakit juga sering mengalami masalah kekurangan selera makan. Ianya diikuti oleh demam, rasa tidak sihat, letih selama beberapa hari sebelum ruam mula timbul.


Bagaimanakah chicken pox merebak?

Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Vitamin shaklee untuk chicken pox


Nutriferon – Bantu meningkatkan antibodi bagi melawan penyakit. Nutriferon merupakan satu-satunya supplement yang dihasilkan oleh pakar imun dengan penyelidikan lebih 40 tahun.

Garlic complex – Bertindak sebagai antibiotik semulajadi.Vitamin C Sustain Released – Meningkatkan sistem imun badan dan mencantikkan kulit supaya lebih cerah dan berseri.

ESP –  Memberi tenaga segera dan membina sel baru pada kulit yang diserang parut chicken pox.

Vitamin E – Membantu memudarkan parut chicken pox yang teruk pada tubuh dan wajah dan memperbaiki tekstur kulit.Krim Herbal Blend – Memberi kelegaan kepada  kulit yang tidak selesa/gatal akibat chicken pox


TESTIMONIAL PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.

Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.

Sekian, terima Kasih

PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.




Untuk response yang pantas anda juga boleh:

Sunday 3 December 2017

RESEPI KERABU IKAN BILIS

gambar hiasan


Kalau hari cuti mesti saya akan kongsikan resepi yang senang dan mudah di masak dengan anda kan? So hari ni saya nak kongsikan resepi kerabu ikan bilis.Masa penyediaannya pon sekejap aje. Gambar saya lupa nak snap tapi kejadiannya lebih kurang seperti gambar di atas.


Bahan-bahan:

Ikan bilis-digoreng  (anggaran segenggam)

Bawang besar- sebiji (hiris halus)

Cili padi- 10 tangkai boleh tambah atau kurangkan ikut selera anda (hiris halus)

limau nipis sebiji /atau limau kasturi 3 biji- perah ambil jusnya boleh tambah jika sukakan rasa lebih masam

bunga kantan-sebatang (hiris halus)

gula secukup rasa


Cara nak buat:

Gaulkan semua bahan goreng dan bahan hiris. kemudian tambah sedikit gula dan air perahan limau. saya tak bubuh garam sebab ikan bilis dah ada rasa masin. Gaul sampai semunya dah sebati ok. Then boleh dihidangkan.


Selamat mencuba!

Saturday 2 December 2017

REDAKAN PENYAKIT KAYAP DENGAN VITAMIN SEMULAJADI



Kayap sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.


Simptom awal jangkitan kayap

Simptom awal jangkitan kayap termasuklah:

  • Rasa kebas, sakit atau panas di bahagian saraf terlibat
  • Demam, kepenatan dan sakit kepala.

Selepas itu tanda-tanda kulit pula akan muncul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari. Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tompok-tompok merah yang memedihkan akan kelihatan. Selepas sehari dua, muncul pula gelembung-gelembung air kecil. Air tersebut berwarna kekuningan.

Lebih kurang 2 hari kemudian, air tersebut akan menjadi berubah warna menjadi keruh dan lama-kelamaan gelembung tersebut akan kering. Kulit kering tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua.




Vitamin semulajadi yang membantu menghilangkan kayap


Antara cara alternative untuk mengatasi kayap ialah dengan pengambilan vitamin. Antara vitamin Shaklee yang membantu mengatasi kayap ialah Nutriferon, lecithin dan juga b-complex. Seperti puan norhayati yang megatasi kayap beliau dengan vitamin-vitamin ini selain dari makan ubat.





TESTIMONI: SITI NORHAYATI ABDUL HALIM

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke.. 

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!


Alhamdulillah kerana usaha akhirnya Puan Siti telah pulih. Setiap penyakit ada penawarnya (selain mati). Kita perlu berikhtiar sehabis baik dan jangan berkira untuk kesihatan.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.



Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Friday 1 December 2017

SIMPTOM-SIMPTOM DEMAM DENGGI DAN BAGAIMANA CARA MEREDAKAN DEMAM DENGGI DENGAN CEPAT



Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.


Simptom-simptom Deman Denggi

Antara symptom-simptom demam denggi selepas 5-6 hari gigitan nyamuk:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam



Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Penting untuk ketahui tentang symptom-simptom demam denggi supaya boleh dapatkan rawatan dihospital dengan segera.


Petua megatasi demam denggi

Petua mengatasi demam denggi yang sering diguna pakai ialah:

1.    Makan Sup Ketam.
2.    Minum Jus Daun Betik.
3.    Minum Air Isotonik

Sup ketam dan jus daun betik dipercayai dapat membantu menaikkan platlet darah. Manakala, air isotonik pula untuk mengekalkan hidrasi badan, dan mengelakkan badan terhidrat.


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi ialah vita c plus, Shaklee Performance dan Nutriferon. 

1.      Vita-C Plus membantu mengukuhkan kapilari darah disamping bertindak sebagai imun booster.

2.     Shaklee Performance berfungsi sebagai minuman isotonik yang bantu memelihara komponen elektrolit yang penting yang menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.. Bagi pesakit demam denggi, kekal terhidrat adalah sangat penting.

3.    Nutriferon merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh, mengaktifkan sel-sel imun, menentang pencerobohan virus dan kuman dan menguatkan keupayaan makrofaj untuk musnahkan virus dan kuman.

Nasihat saya, jika anda alami gejala dan tanda demam denggi, segeralah dapatkan rawatan lanjut. Jangan dibiarkan tanpa rawatan ya.




PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.




Untuk response yang pantas anda juga boleh:

Thursday 30 November 2017

HILANGKAN RUAM DI MUKA ANAK DENGAN KRIM BEBAS BAHAN KIMIA

Bila sudah bergelar ibu, apa sahaja yang berkaitan dengan anak-anak akan membuatkan ibu mempunyai tindakan refleks yang pantas lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan kesihatan anak-anak. Seperti kisah yang saya kongsikan ini, kisah bagaimana puan masyitah berusaha untuk menghilangkan ruam disekitar muka anaknya.


TESTIMONI: PUAN MASYITAH SEDEK





Assalamualaikum & have a nice day! 

Everyday a happy moments bagi setiap insan yang bergelar ibu. Terutamanya first time jadi ibu like me. Anak ada merah sikit, selesema mesti risau sesangat kan! Dengan ZERO pengalaman.


Ruam tebal dikawasan muka bayi

Saya nak share, puteri si cilik ini semasa umur dua bulan jadi ruam & dah jadi kulit tebal dikawasan ruam kat sisi muka.. Saya perasan si anak ini cuaca panas, even dlm rumah pon, akan jadi merahh kwsan ruam tu.


Mencuba miyak, bedak ruam dan losyen tapi tak hilang sepenuhnya


Mak mana tak risauu..try sapu minyak, rupanya kulit x tahan minyak. Lagi naik bintik-bintik merah @ rashes. Beli bedak ruam, sapu losyen & macam2 lagi,.hilang juga ya.. But, still naik 'ruam-ruam' bila dia nangis, panas, dan xhilang sepenuhnya.. Masih tebal kulit stengah tempat dimuka. Sisi atas pipi kanan kiri.



Mencuba herbal blend cream shaklee

Lastly, baru terfikir nak mencuba HERBAL BLEND CREAM. Terus contact SID berdekatan yg ready stock. I pick up. Malam itu jugak, sapu & esoknya sapu juga.. Sehari sekali, sapu nipis.. 


Tup tup... Alhamdulillah. Dengan izin Allah! Ruam-ruam tu hilang.. Selang dua hari ada baki2 ruam sikit2... Saya sapu utk 3rd time. Setelah sebulan bergelut nak hilangkan ruam muka anak.

Ruam pulih sepenuhnya


Finally, recover sepenuhnya.. Syukur sangat. Kulit anak skg dah licin..happy! Bukan sy je yg happy, encik suami lebih gembira bila tgk muka anak tiada lgi merah2 mcm dulu. Setiap malam, pagi petang, tido msti check muka anak ada x lagi merah2 tu..haha. 



Terima kasih Allah menemukan HB cream yg bebas PARABEN! Kini ia terbukti pada saya.

Before ni asyik tengok testimoni sahabat2 yang mencuba HB cream ini pada anak2 mereka. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.


Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. 

Aaminnn.






Anda ingin dapatkan krim herbal blend? Ikuti langkah di bawah.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.

Untuk response yang pantas anda juga boleh:
 

Wednesday 29 November 2017

VITAMIN UNTUK KEKAL CERGAS SEPANJANG HARI


Rutin harian yang padat memerlukan kita fit dan mempunyai tenaga yang maksimum setiap hari. Pelbagai cara mahupun petua yang kita boleh cuba dan gunakan untuk maintain cergas antaranya cara pengambilan makanan, senaman mahupun pengambilan makanan tambahan. 


Ada pelbagai faktor yang menjadi punca kita menjadi letih dan tidak bertenaga seperti terlalu stress dan tidak cukup tidur. Terdapat juga makanan yang boleh membantu menghilangkan rasa letih seperti oat, bayam dan lain-lain lagi.

klik untuk faktor penyebab letih dan makanan membantu hilangkan rasa letih


VITAMIN SHAKLEE UNTUK KEKAL CERGAS SEPANJANG HARI

Vitamin-vitamin shaklee yang membantu untuk mengekalkan tenaga ialah:


  • ESP shaklee
  • Vitale @ multivitamin shaklee
  • B-complex shaklee
  • Vitamin C shaklee

1) Esp


Adalah protein sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama.


2) Vitalea




Mengandungi kesemua 28 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron. Vitalea membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.


3) B-Complex


Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan..


B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.


4) Vitamin C 





Bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan. Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan. Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin tanda-tanda kekurangan vitamin C didalam badan.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.



Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh: